Thursday 20 March 2014

Doa untuk Ibu bapa.



                                                          
                                                           Doa dari anak buat ibu bapa.

Aktiviti dan lembaran kerja kanak-kanak.

Disini terdapat beberapa aktiviti dan lembaran kerja yang dapat dijalankan seperti mewarna dan bercerita berkaitan tema Keluarga Saya .                          






Kanak-kanak mendengar cerita dari adik Aini dan Siti mengenai keluarga saya.











Kanak-kanak mendengar cerita yang disampaikan oleh guru.








                                                                                           

Aktiviti mewarna bersama rakan-rakan.














Hasil kerja kanak-kanak dalam aktiviti mewarna tema keluarga bahagia.

                                                                                               



Monday 17 February 2014

Keluarga Bahagia.

Setiap orang sama ada yang sudah berkeluarga atau belum berkeluarga pastilah menginginkan keluarganya sentiasa berada didalam keadaan bahagia dan harmoni. Untuk mencipta keluarga bahagia bukanlah hal yang susah jika suami, isteri dan jugak anak-anak mengetahui syarat-syarat untuk membina keluarga tersebut.

Di sini ada beberapa perkongsian syarat-syarat untuk membina keluarga bahagia:

1. Jujur antara satu sama lain.
2. Dengarkan keluhan pasangan anda dan menganggap serius perasaan pasangan kita.
3. Apabila berlaku perselisihan dalam keluarga sebaiknya dibincangkan sesame suami dan isteri sehingga dapat menyelesaikan masalah tersebut dan tidak menimbulkan kebencian dalam keluarga. Andai kata tidak berhasil, dapatkan khidmat orang ketiga yang dapat menolong untuk menyelesaikan masalah tersebut.
4. Tunjukkan pada pasangan anda bahawaa anda mencintainya. Salah satu cara untuk menunjukkan rasa cinta anda adalah dengan mengatakan kalimah “I love You”.
5. Peruntukkan masa bersama berdua sahaja tanpa diganggu dengan anak-anak.minimal setahun sekali.
6. Janganlah sekali-kali mengungkit-ungkit perkara keburukan yang sudah berlalu. Belajarlah dari kesalahan tersebut dan memperbaikinya.
7.Percayalah kepada pasangan.Apabila anda ragu-ragu padanya,mohon ampun kepada ALLAH swt dan ungkapkan kepdanya tanpa menyakiti hati pasangan anda.
8. Pada saat pasangan anda berbicara, pandanglah wajahnya sehingga dia mengetahui anda sedang member perhatian sepenuhnya kepada apa yang ingin dia bicarakan.
9. Apabila berlaku pentengkaran, jagalah perkataan anda ( jangan sampai mengatakan sesuatu yang akan disesali nantinya) dan berusahalah tetap tenang dan berusahalah untuk tetap duduk.
10. Jagalah rahsia hubungan anda berdua.
Semoga dengan tips dan syarat yang dinyatakan diatas, dapat kita terus berusaha untuk membina kebahagiaan keluarga kita.

Sunday 1 December 2013

objektif

Adalah diharap blog ini akan dapat :
1. Memupuk sikap sayang pada ahli keluarga.
2. Membantu para pelajar memahami konsep Sayang kepada Keluarga.
3. Dapat berkongsi pengalaman dengan kanak-kanak dan guru mengenai pembelajarandan pengajaran topik Saya dan Keluarga

Terima Kasih kerana melayari blog " Saya dan Keluarga" 

salam pengenalan

Selamat datang ke blog " Saya dan Keluarga".

Blog ini dibina bagi memberi maklumat dan aktiviti pembelajaran berkaitan mata pelajaran Moral Prasekolah.

Blog ini akan memfokuskan kepada topik"Sayangi keluarga".